Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'7 pagi dah tunggu nak beli tiket'

$
0
0
Utama

sukan@hmetro.com.my

BAHANG aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Pahang dan Negeri Sembilan kian terasa apabila lebih 5,000 penyokong Tok Gajah kembali ke Stadium Darul Makmur untuk mendapatkan tiket, hari ini.

Selepas 10,000 tiket dijual, semalam, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kembali membuka kaunter untuk menjual baki 20,000 tiket daripada 30,000 yang diperuntukkan pada perlawanan malam ini

Sokongan padu peminat terutama penyokong Tok Gajah dibuktikan apabila sanggup berada di kaunter, seawal 7 pagi, untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan itu.

Lebih-lebih lagi, penyokong Pahang sudah lama tidak menyaksikan skuad impian mereka menjulang piala terutama Piala FA yang kali terakhir diraih pada 2014.

Justeru, peluang terbaik beraksi pada perlawanan pertama di laman sendiri diharap dapat diterjemahkan dengan kemenangan selesa sebagai bekalan apabila bertandang ke tempat lawan.

Tinjauan di perkarangan Stadium Darul Makmur mendapati kebanyakan peminat sudah mula memenuhi kaunter seawal jam 7 pagi walaupun ia hanya dibuka kira-kira tiga jam kemudian kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.

Penyokong mengharapkan kemenangan besar diraih barisan pemain Pahang yang dibimbing Dollah Salleh untuk mencapai misi ke pentas akhir piala berprestij itu.

Bagi Haikal Razali, 21, dari Tanjung Lumpur, Kuantan, dia bersama tiga rakan teruja kerana berjaya mendapatkan tiket selepas kecewa tidak dapat membelinya, semalam.

"Hari ini saya datang awal iaitu untuk memastikan tidak pulang hampa dan sudah pasti malam ini saya percaya Pahang akan mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan.

"Kemenangan selesa akan membantu Pahang ke pentas akhir dan diharap mengulangi pencapaian pada 2014," katanya.

Image: 

BAHANG aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Pahang dan Negeri Sembilan kian terasa apabila lebih 5,000 penyokong Tok Gajah kembali ke Stadium Darul Makmur untuk mendapatkan tiket, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853