Melaka: Polis menahan wanita 50-an bersama anak lelakinya, 20-an, bagi membantu siasatan kes dera tiga pembantu rumah di Taman Saujana, Bukit Katil, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata mereka ditahan di restoran milik wanita terbabit di Bukit Katil, di sini, kira-kira 11 pagi semalam.
"Kita akan memohon reman tujuh hari bagi membantu siasatan membabitkan penderaan tiga pembantu rumah warga Indonesia.
"Kertas siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pennyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 akan dibuka.
“Jika didapati bersalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda," kata Shaikh Abdul Adzis ketika dihubungi.
Harian Metro, hari ini, melaporkan tiga pembantu rumah warga Indonesia membuat laporan polis selepas tidak tahan didera, termasuk dipukul dengan mop, dicubit, ditendang hingga cedera dan tidak pernah diberikan gaji.
Ade Hermayani, 21, Siami, 22, dan Fitriatul Hasanah, 29, ditemui wartawan di Melaka Sentral, di sini, semalam, mendakwa dipukul majikan sejak kira-kira dua tahun lalu, ketika berkerja di rumah dan restoran milik majikannya itu.
Berita berkaitan:

Melaka: Polis menahan wanita 50-an bersama anak lelakinya, 20-an, bagi membantu siasatan kes dera tiga pembantu rumah di Taman Saujana, Bukit Katil, di sini.



