Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

18 cedera, dua patah kaki

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Sekurang-kurangnya 18 mangsa cedera termasuk dua patah kaki selepas ribut melanda Kompleks PAS Kedah di Alor Setar hari ini.

Kejadian berlaku, jam 7.25 malam dan tapak Ekspo Haraki sempena Muktamar PAS ke-63, yang berlangsung antara yang terjejas dengan khemah menempatkan lebih 20 gerai rosak dibadai ribut.

Sumber PAS berkata, sebuah khemah bulat diangkat ribut dan menimpa ke sebelah tepi, namun setakat jam 10 malam, tadi belum ada pengesahan jumlah sebenar mangsa terbabit.

"Setakat ini, seramai 18 mangsa terbabit iaitu 11 lelaki dan tujuh perempuan.

"Dua mangsa yang patah kaki membabitkan seorang pengunjung dan pekerja pembinaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kejadian ribut berlaku ketika azan Maghrib dan kebanyakan cedera akibat struktur khemah yang diterbangkan angin selain ada yang ditimpa.

Sementara itu, tiada pihak media atau orang awam dibenarkan memasuki kawasan kejadian dan dikawal ketat oleh Unit keselamatan PAS atau Jabatan Amal bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas.

Muktamar kali ini dihadiri bukan sahaja dihadiri oleh 1,200 perwakilan dari seluruh negara malah ribuan penduduk dan penyokong PAS yang berkunjung ke kawasan jualan bazaar yang diadakan di sekitar kompleks.

Image: 
Image: 

Alor Setar: Sekurang-kurangnya 18 mangsa cedera termasuk dua patah kaki selepas ribut melanda Kompleks PAS Kedah di Alor Setar hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853