Seremban: “Sejak minggu lalu adik selalu memohon maaf termasuk sebelum kemalangan. Apa yang dia buat dia akan minta maaf.
“Tidak disangka dia pergi meninggalkan kami selamanya,” kata Walilah Abd Karim, 40 yang kematian anak lelakinya, Muhammad Wafiq Fitri, 7 dalam kemalangan di Kilometer 271.1 Lebuhraya Utara Selatan, semalam.
"Bukan sekadar permohonan maaf dibuat tetapi sejak minggu lalu Wafiq memaklumkan mahu masuk syurga," katanya ditemui di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, hari ini.
Pada kemalangan 6.10 petang semalam, Muhammad Wafiq maut manakala adik perempuannya berusia dua tahun serta abang, 11 cedera bahagian dalaman.
Sementara itu ibu mangsa pula patah tulang rusuk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shafiee berkata, kemalangan berlaku selepas bas ekspress hilang kawalan dan merempuh kereta dinaiki keluarga itu.
Seremban: “Sejak minggu lalu adik selalu memohon maaf termasuk sebelum kemalangan. Apa yang dia buat dia akan minta maaf.