Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mohon maaf, pastikan tidak berulang

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) memohon maaf kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya dalam rancangan Sukan Tak Sentral.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.

Katanya, pihaknya sangat menghormati bekas pelari pecut negara itu, ayah serta keluarganya.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Watson kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam tadi.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu berang apabila stesen televisyen berkenaan menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

Image: 

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) memohon maaf kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya dalam rancangan Sukan Tak Sentral.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853