Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Pembantu warden madrasah direman

$
0
0
Utama

Kota Tinggi: Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini membenarkan pembantu warden madrasah direman empat hari bermula hari inibagi membantu siasatan kes memukul murid lelaki berusia 11 tahun.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berumur 29 tahun yang dibawa ke mahkamah, 9 pagi ini.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Dipercayai akibat mengalami jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit, kedua-dua kakinya juga terpaksa dipotong.

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak dua minggu lalu mendakwa dipukul oleh pembantu warden sekolah berkenaan.

Image: 