Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Mana nak lari bro?'

$
0
0
Utama

hadinata@hmetro.com.my

Banting: Kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas dirompak dua penjenayah bersenjatakan tukul di Jalan Bunga Pekan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata suspek memakai topi keledar ‘full face’, dalam kejadian 11.15 pagi.

Katanya, suspek itu meluru masuk ke kedai emas itu manakala rakannya menunggu dengan motosikal di luar premis.

Beliau berkata, suspek yang memakai baju lengan panjang dan sarung tangan memecahkan kaca ruang pameran dengan tukul bersaiz besar yang dibawa bersama.

Menurutnya, ketika kejadian tiada pelanggan di premis itu berikutan kedai itu baru dibuka.

"Suspek memecahkan kaca ruang pameran itu dengan tukul sebelum melarikan sejumlah emas dan meninggalkan tukul itu di lokasi.

"Suspek melarikan diri sejurus pekerja premis membunyikan penggera keselamatan," katanya.

Azizan berkata, pihaknya sudah memperolehi rakaman CCTV premis itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, polis meminta bantuan saksi kejadian untuk diminta tampil membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Image: 

Banting: Kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas dirompak dua penjenayah bersenjatakan tukul di Jalan Bunga Pekan, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853