Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Terima kasih jadi suami terbaik'

$
0
0
Utama

 nabihah.kamal@hmetro.com.my

 Kuala Lumpur: “Buat suamiku, saya okay sayang.. awak jangan risau.. saya takkan lupa makan, takkan lupa jaga diri.. tu pesanan awak hari-hari kan?

 “Setiap hari awak tak lupa ucap 'terima kasih jadi isteri saya'. Saya pun nak cakap.. terima kasih jadi suami saya sayang.. suami terbaik untuk saya yang serba kurang ni.. till next time sayang.

 “Syurga untuk awak, insya-Allah.. Berbahagia dan rehatlah di sana sayang.”

Begitulah sebahagian coretan meruntun jiwa nukilan Nurulain Baharuddin, 30, di akaun Facebook (FB) nya untuk arwah suaminya sehingga mengundang pilu kepada sesiapa yang membacanya.

Suami Nurulain, Mohd Muhaimin Radzuan, 31, terkorban selepas motosikal BMW F800 yang ditunggang terbabas sebelum mayatnya ditemui di Kilometer 198.5 berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka, kira-kira 6 pagi, 14 April lalu.

 Nurulain berkata, nukilan #coretanbuatsuami itu dibuat kerana rindu selain mahu berkongsi sikap baik suaminya kepada rakan di FB yang mengenali arwah.

"Ketika suami saya hidup, dia sangat baik. Tidak pernah marah sehinggakan saya sangka dia berlakon.

 "Hakikatnya, itu sikapnya, sabar, penyayang dan disayangi ramai termasuk rakannya," katanya yang bekerja sebagai jurutera proses.

Menurutnya, sebelum kemalangan, suaminya dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke rumah mereka, di Krubong, Melaka.

 "Kami ada restoran Utami Village di Shah Alam selepas tutup kedai dia balik ke rumah. Kali terakhir kami berhubung adalah pada 11 malam.

“Bagaimanapun, sehingga 8 pagi keesokan harinya dia tidak pulang. Saya sangka dia sibuk dengan hal lain sebelum saya menerima panggilan daripada polis meminta saya datang ke Hospital Alor Gajah," katanya.

 Menurutnya, dia hanya menyangka suaminya terbabit dengan kemalangan dan ditempatkan di Wad Rawatan Rapi (ICU).

 "Saya tiba di hospital terus ke ICU tetapi nama suami saya tidak didaftarkan di situ sebaliknya dia ada di Unit Forensik.

 "Hati saya berdebar dan sedih tetapi kuatkan kaki melangkah ke Unit Forensik sebelum melihat jasad suami saya," katanya.

 Menurutnya, dia bersyukur, segala-galanya dipermudahkan.

 "Alhamdulillah nak uruskan jenazah suami mudah dan kami terbau bau wangi di kubur. Mungkin itu petanda baik, Wallahua’lam," katanya.

 Nurulain berkata, suaminya turut membawa pulang buku berjudul 'Stories if Trials, Tribulations and Hope' bersama.

"Tidak pernah dia bawa buku seperti itu, tetapi polis jumpa buku itu bersamanya dan menyerahkan kepada saya.

"Dalam buku itu, ada hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, iaitu Siapa sahaja orang yang kekasihnya di dunia Aku cabut nyawanya, kemudian dia bersabar dan mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.

”Mungkin itu makna buku itu, minta saya sabar atas pemergian suami saya," katanya.

 

Image: 

 Kuala Lumpur: “Buat suamiku, saya okay sayang.. awak jangan risau.. saya takkan lupa makan, takkan lupa jaga diri.. tu pesanan awak hari-hari kan?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853