Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga maut mangsa amukan lelaki

$
0
0
Utama

Los Angeles: Tiga terbunuh, seorang cedera apabila seorang lelaki berusia 39 tahun mengamuk melepaskan tembakan di Fresno, sebelum dia berjaya ditahan polis, malam tadi.

Penyerang itu, Kori Ali Muhammad keturunan Afrika-Amerika, dipercaya menembak mati seorang pengawal keselamatan di sebuah motel, minggu lalu.

Ketua Polis Fresno, Jerry Dyer, berkata Kori yang menggunakan nama ‘Black Jesus’ memberitahu polis, dia benci orang kulit putih dan kerajaan.

“Ini adalah perbuatan jenayah rambang oleh seseorang yang memang mahu membunuh,” katanya memberitahu polis yakin Kori melakukan jenayah itu seorang diri. tanpa bantuan atau sokongan sebarang pihak.

Menurutnya, semua yang terbunuh adalah lelaki kulit putih, termasuk pengawal keselamatan itu dengan seorang mangsa ditembak ketika berada di tempat duduk penumpang dalam kereta.

Beliau berkata, Kori mula menembak mangsanya pada 10.45 pagi (11.45 malam waktu Malaysia) di empat tempat dan lelaki itu melepaskan 16 tembakan.

Menurut Dyer, Kori mempunyai rekod jenayah, termasuk kesalahan berkaitan senjata, dadah dan membuat ancaman serta hidup gelandangan.

Kori yang juga menggunakan nama B-God Mac Sun juga penyanyi rap jalanan dan menjual album rap 12 lagunya bertajuk 'True Story Kori' di Amazon.

Image: 

Los Angeles: Tiga terbunuh, seorang cedera apabila seorang lelaki berusia 39 tahun mengamuk melepaskan tembakan di Fresno, sebelum dia berjaya ditahan polis, malam tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853