Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bapa maut ditetak anak

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Padang Besar: Bapa berusia 53 tahun maut ditetak dengan parang oleh anak kandungnya dipercayai penagih dadah kerana dia enggan memberikan wang dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 4 1/2 Jalan Padang Melangit, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, suspek berusia 24 tahun itu dikatakan menetak bapanya di belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintendan Azahar Muda berkata, suspek menetak bapanya selepas mangsa dikatakan tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan wang sejak petang semalam.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah ditetak manakala suspek ditahan jam 8 pagi tadi di rumah neneknya kira-kira 60 meter dari lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Azahar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Image: 