Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

KL2017 ditutup sehari lebih awal

$
0
0
Mutakhir

aida_adilah@hmetro.com.my

Putrajaya: Tarikh penutupan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) akan berlangsung pada 30 Ogos.

Ia diawalkan sehari daripada tarikh asal iaitu pada 31 Ogos bagi menghormati tarikh wukuf di Arafah dan hari raya Aidiladha yang jatuh pada 1 September.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola KL2017, di sini.

Khairy berkata, penukaran tarikh itu dibuat selepas mendapat pandangan mufti selain menghormati sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun ia bukan satu isu besar kerana MASOC sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Penukaran tarikh itu hanya membabitkan empat atau lima acara. Jadi ia bukan masalah besar.

"Malah kita akan dapat lihat sambutan lebih meriah kerana Ambang Merdeka selain pengumuman juara keseluruhan," katanya.

Image: 

Putrajaya: Tarikh penutupan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) akan berlangsung pada 30 Ogos.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853