Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Harap dapat telefon bimbitnya semula

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya merekodkan semua maklumat mengenai perjalanan saya mengelilingi dunia di dalam telefon berkenaan. Jadi ia sangat penting kepada saya," kata pelancong warga Perancis, Yves Moncla, 30.

Dia kehilangan telefon bimbit jenis Crosscall yang tertinggal di dalam kereta kelabu wanita yang menumpangkannya ke bank di Bagan Lalang, Sepang, Selangor, semalam.

Gambar Moncla yang menunggu di tepi jalan di Bagan Lalang bersama catatan mengenai kejadian itu tular di Facebook (FB) selepas dikongsi pemilik akaun FB, Nur Halim Ibrahim.

"Saya menahan kenderaan yang lalu lalang untuk ke bank dan kebetulan wanita yang baik hati itu memberhentikan kenderaan dan menumpangkan saya.

"Sebaik selesai keluarkan wang, baru saya sedar yang telefon bimbit saya tertinggal di dalam kenderaan itu dan dia telah berlalu pergi. Saya terlupa untuk bertanyakan namanya dan tidak tahu jenis kereta di sini," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Moncla kemudian menunggu selama enam jam hari ini di kawasan sama dia menaiki kereta wanita itu bersama catatan berkenaan dengan harapan bertemu semula dengannya.

"Selama lebih satu tahun ini, saya juga menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS) telefon berwarna hitam itu untuk kemana-mana.

"Tetapi sekiranya tidak berjaya mendapatkan kembali telefon itu, saya akan meneruskan kehidupan saya dan ke Filipina, Sabtu ini diikuti Indonesia sebelum pulang semula ke Perancis, Julai nanti," katanya yang berasal dari Josse, pekan kecil antara selatan dan barat Perancis.

Dia memulakan perjalanan mengelilingi dunia lebih setahun lalu ke Kanada, Amerika Syarikat, Vietnam, Kemboja, Thailand, India dan tiba di Malaysia, Sabtu lalu.

Sepanjang ke negara itu, Moncla berkata, dia melakukan kerja sukarela di kawasan ladang milik beberapa keluarga dan diberikan makanan serta tempat tinggal.

"Saya tahu wanita itu jujur, cuma mungkin dia tidak tahu bagaimana ingin mencari saya. Saya cuba hubungi talian telefon saya tetapi gagal kerana saya menggunakan rangkaian India dan Perancis.

Sementara itu, penantiannya yang belum berakhir itu turut menarik perhatian pemilik Bagan Villa Resort di Pantai Bagan Lalang, Datuk Ahmad Talal Abdul Razim, 65, yang melihatnya di kawasan itu kira-kira 5 petang tadi dan menawarkan bilik untuknya menginap secara percuma.

Ahmad Talal yang turut meminjamkan telefonnya ketika Harian Metro menghubungi Moncla berkata, dia akan sentiasa membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan dan pernah membantu pelancong lain sebelum ini.

"Saya akan bantu dia sehingga tiba penerbangannya Sabtu ini. Pada saya tiada apa-apa kerana saya pasti, hari ini hari dia, mungkin akan datang kita pula yang ditimpa masalah.

"Saya suka melakukannya kerana boleh menambah kenalan dari serata dunia," katanya yang sudah mengusahakan resort berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Jika anda ada sebarang maklumat mengenai telefon bimbit Moncla boleh hubungi Bagan Villa Resort atau tinggalkan pesanan anda di ruangan mesej FB Moncla iaitu Yv Oyage.

Image: 

Kuala Lumpur: "Saya merekodkan semua maklumat mengenai perjalanan saya mengelilingi dunia di dalam telefon berkenaan. Jadi ia sangat penting kepada saya," kata pelancong warga Perancis, Yves Moncla, 30.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853