Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia tampil sebagai penaja Syarikat Penerbangan Rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang ke-29 dan Sukan Para Asean yang kesembilan.
Sebagai rakan penaja emas, AirAsia menyediakan penerbangan kepada pegawai Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) ke seluruh rangkian Asia Tenggara.
AirAsia akan menaja di antara RM3 juta sehingga RM7.5 juta membabitkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan seperti tiket penerbangan untuk pegawai teknikal sukan serta mereka yang terbabit dengan aktiviti KL2017.
Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi MASOC Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau berbangga dengan pembabitan AirAsia untuk terus memberi sokongan kepada agenda sukan negara dan rantau ini.
"Kesungguhan dan komitmen AirAsia dalam menyumbang kepada masyarakat melalui sukan amat jelas dan saya amat menghargainya.
"Saya percaya dengan sokongan dari semua, kita akan bangkit bersama dan menjadikan temasya kali ini yang terbaik sepanjang penganjurannya," katanya.
Sejumlah 405 acara bagi 38 sukan akan dipertandingkan pada Sukan SEA membabitkan 10 negara ASEAN dari 19 hingga 31 Ogos ini.
Ini adalah kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA dan kali ketiga untuk Sukan Para ASEAN.

Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia tampil sebagai penaja Syarikat Penerbangan Rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang ke-29 dan Sukan Para Asean yang kesembilan.



