Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sekurangnya 21 maut, 50 cedera

$
0
0
Utama

Kaherah: Satu letupan bom di gereja di utara Kaherah menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh.

Kejadian berlaku ketika perhimpunan Palm Sunday dan ia adalah serangan terbaru terhadap penganut Kristian Koptik negara itu.

Menurut laporan, kira-kira 50 orang turut cedera dalam serangan di Gereja Koptik Mar Girgis di Bandar Tanta di wilayah Delta Nil itu, kira-kira 120 kilometer ke utara Kaherah.

Palm Sunday adalah antara hari yang dianggap paling suci dalam kalendar Kristian. Ia diadakan sebagai mengenang kejayaan Jesus memasuki Baitulmaqdis.

Kristian Koptik yang mewakili 10 peratus populasi Mesir seramai 92 juta orang menjadi sasaran serangan sejak beberapa tahun lalu kerana sokongan mereka terhadap tindakan tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada 2013.

Pada Disember lalu, 29 penganut agama itu maut dalam serangan yang dilakukan Daish.

Image: 

Kaherah: Satu letupan bom di gereja di utara Kaherah menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853