Stockholm: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh apabila sebuah trak merempuh orang ramai di tepi jalan raya dekat sebuah pusat beli-belah di Åhlens Mall, Klarabergsgatan, hari ini.
Menurut saksi, pemandu trak berkenaan melarikan diri.
Agensi perisikan Sweden, SAPO, menyatakan kejadian itu adalah serangan yang disengajakan yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
Jurucakapnya, Nina Odermalm Schei, berkata: “Berlaku kematian dalam kejadian itu dan ramai cedera.”
Ratusan orang dilihat berlari menyelamatkan diri selepas melihat trak berekenaan merempuh orang ramai sebelum melanggar dinding bangunan.
Reuters melaporkan, redio Sweden menyatakan tiga maut dalam kejadian itu.
“Saya nampak sekurang-kurangnya tiga mayat, mungkin lebih,” kata wartawan radio Sweden, Martin Svenningsen.
Menurut AP, terdapat laporan menyatakan ada tembakan dilepaskan ketika kejadian namun ia belum dapat disahkan.
Agensi berita Sweden, TT, menyatatakan beberapa mangsa dikejarkan ike hospital dan siaran televisyen menunjukkan ada kepulan asap do tempat kejadian.
Pasukan keselamatan menutup kawasan kejadian dan mengosongkan bangunan berhampiran.

Stockholm: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh apabila sebuah trak merempuh orang ramai di tepi jalan raya dekat sebuah pusat beli-belah di Åhlens Mall, Klarabergsgatan, hari ini.



