Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Komodor udara antara 4 maut

$
0
0
Utama

Beirut: Serangan ke atas pangkalan udara Syayrat di Syria , hari ini mengorbankan empat anggota tentera Syria selain memusnahkan kemudahannya, menurut kumpulan pemantau.

Kumpulan Syrian Observatory for Human Rights, berkata, seorang komodor udara antara empat individu yang maut.

“Pangkalan udara itu hampir musnah sepenuhnya. Landasan, tangki minyak dan pertahanan udara semua diletupkan,” kata kumpulan pemantau itu yang berpangkalan di Britain.

Ketua kumpulan itu, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP terdapat jet pejuang Sukhoi-22, Sukhoi-24 and MiG-23 di pangkalan itu.

Kediaman pegawai di Syayrat turut musnah, katanya.

Pangkalan itu adalah pangkalan kedua terpenting di Syria.

Presiden Donald Trump mengarahkan serangan terhadap pangkalan udara Syria itu awal pagi tadi (waktu Malaysia) sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia yang didakwa dilakukan Presiden Bashar al-Assad di wilayah Idlib, Selasa lalu.

Dalam taklimat ringkas yang disiarkan televisyen beberapa jam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal mencapai persetujuan untuk bersetuju terhadap bukti mengenai serangan kimia itu, Trump mengesahkan serangan udara ke atas Syria dan menggesa semua ‘negara bertamadun’ bersatu untuk menamatkan pertumpahan darah di negara berkenaan.

Image: 

Beirut: Serangan ke atas pangkalan udara Syayrat di Syria , hari ini mengorbankan empat anggota tentera Syria selain memusnahkan kemudahannya, menurut kumpulan pemantau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853