Ipoh: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin,39, di Mahkamah Syariah Perak, pagi ini.
Perkara itu disahkan sendiri Datuk Seri Vida ketika dihubungi pagi tadi.
Datuk Seri Vida berkata, dia bersama bekas suaminya itu hadir ke Mahkamah Syariah pagi ini untuk proses lafaz cerai selepas sudah menfailkan permohonan perceraian beberapa minggu lalu.
Ketika diminta mengulas punca masalah dan keretakan rumah tangganya sehingga bercerai, dia berkata, punca perceraian adalah disebabkan tidak mempunyai persefahaman lagi antara mereka.
"Semuanya dimudahkan dan kami sah bercerai, kami tidak mempunyai persefahaman lagi," katanya.
Ipoh: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin,39, di Mahkamah Syariah Perak, pagi ini.