Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tampar imam kena RM12,000

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Lelaki warga India yang tampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat, 18 September lalu, didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman atas tuduhan mencederakan mangsa terhadap Shabir Ahmad Khan, 31, yang berasal dari Khashmir, apabila dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Shabir yang bekerja sebagai pemandu peribadi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, dekat sini, 1.30 petang, 18 September lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa, manakala tertuduh diwakili peguam bela Sharen Rosli.

Images: 

kaghckakas

Image: 
GN4id: 
11287465
Lead: 

Kuala Lumpur : Lelaki warga India yang tampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat, 18 September lalu, didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853