Subang Jaya: Komposer Johan Nawawi, 52, yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini,, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Pengurus Nora, Lisa Aryanty Tahir ketika dihubungi berkata, Johan dibawa ke pusat perubatan itu oleh Nora tengah malam tadi, selepas mengadu kurang sihat.
"Johan ditahan di wad. Namun, awal pagi tadi doktor menghubungi Nora memaklumkan Johan sudah meninggal dunia," katanya.
Nora turut mengesahkan berita kematian suaminya dalam satu mesej pesanan suara.
Bagaimanapun, setakat ini belum dimaklumkan punca kematian Allahyarham.
Difahamkan, Allahyarham turut menghidap kencing manis, darah tinggi dan gout.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya, pagi ini, dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Selain aktif sebagai penggubah lagu dan komposer, Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Subang Jaya: Komposer Johan Nawawi, 52, yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini,, kira-kira 6.30 pagi tadi.