Juru: “10 tahun kami cari dia (buaya), baru hari ini kami jumpa,” kata Mohd Hasani Dain, 34, penduduk Kampung Tanjung Batu, di sini, selepas berjaya menangkap seekor buaya tembaga sepanjang lima meter di Sungai Sembilang, di sini, tadi.
Katanya, penduduk kampung sering terserempak dengan buaya itu sejak 10 tahun lalu dan sudah beberapa kali cuba menangkapnya namun reptilia itu berjaya melarikan diri.
Katanya, di kawasan berkenaan terdapat lebih kurang empat sehingga lima ekor buaya spesis sama dan yang ditangkap hari ini adalah salah seekor daripadanya.
“Buaya ini tidak mengganggu orang kampung dan hanya makan monyet serta hidupan liar di kawasan paya bakau di sini.
“Namun bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini ia terpaksa ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 10.15 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Jurucakap APM berkata, pihaknya dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain berjaya menangkap buaya berkenaan sebelum diangkat menggunakan jengkaut.
Beliau berkata, buaya berkenaan berjaya dipindahkan jam 2 petang tadi sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dan operasi selesai jam 3 petang.