Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu mengumumkan keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa desakan daripada mana-mana pihak.
Katanya, ia dibuat selepas mengambil kira komitmen calon jawatan sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pembangunan bola sepak negara serta perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ supaya baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar Presiden FAM baru.
"Sokongan perkenan duli Sultan Johor juga penghormatan pada bola sepak Malaysia," katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



