Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Polis Evo RM17.30 juta

$
0
0
Utama

wahiduzzaman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Filem Polis Evo melakar sejarah baru dalam industri filem tempatan apabila meraih kutipan RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh negara dan Brunei.

Kutipan itu juga melonjakkan Polis Evo sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi mengatasi The Journey (RM17.28 juta) pada tahun lalu.

Penerbit yang juga Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, kutipan luar biasa itu adalah situasi yang memberangsangkan bagi industri perfileman tempatan yang sambutannya tidak menentu daripada penonton.

"Meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, masih ada beberapa karya mampu dibanggakan.

"Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem bersyukur dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia," katanya.

Polis Evo yang diarahkan Ghaz Abu Bakar mula ditayangkan sejak 17 September lalu dan masih ditayangkan di 171 pawagam seluruh negara untuk minggu ketujuh.

Dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama, Polis Evo mengisahkan dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk melumpuhkan operasi pengedaran dadah.

Images: 

pevos.png

Image: 
GN4id: 
11279932
Lead: 

Kuala Lumpur: Filem Polis Evo melakar sejarah baru dalam industri filem tempatan apabila meraih kutipan RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh negara dan Brunei.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853