Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bot berhias ceriakan Langkawi

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Langkawi: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mencemar duli menyaksikan acara perarakan bot berhias sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-89 di Dataran Pekan Rabu Kuah, di sini, malam ini.

Baginda ditemani Sultanah Kedah, Sultanah Hajah Haminah Hamidun, tiba jam 9 malam untuk menghadiri majlis yang turut disertai kira-kira 5,000 penduduk tempatan dan pelancong asing.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bersama Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Arif.

Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Exco kerajaan negeri.

Sebanyak 32 buah bot daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat terbabit dalam perarakan yang julung kali diadakan itu.

Acara anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Kelibang ke pekan Kuah sejauh lima kilometer, selain kesesakan sama turut berlaku dari Jalan Ayer Hangat dan Penarak ke Dataran Pekan Rabu Kuah yang juga tapak acara berlangsung.

Pegawai Daerah Langkawi Isahak Murat, ketika ditemui berkata, acara itu mendapat sambutan baik dari komuniti setempat dan pihaknya terpaksa membuat tapisan untuk mendapat penyertaan yang terbaik.

"Beberapa hadiah turut disediakan bagi pemenang dalam beberapa kategori yang dipertandingkan sepanjang acara berlangsung," katanya.

 

 

Image: 

Langkawi: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mencemar duli menyaksikan acara perarakan bot berhias sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-89 di Dataran Pekan Rabu Kuah, di sini, malam ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853