Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sepatutnya berkhatan tahun ini [METROTV]

$
0
0
Utama

hanafis@hmetro.com.my

Hulu Selangor: “Sebenarnya kami sekeluarga bercadang untuk mengadakan majlis berkhatan untuk arwah (anak) kerana dia sendiri memberitahu mahu berkhatan pada tahun ini.

“Namun hajat itu nampaknya tidak kesampaian. Saya reda dengan pemergiannya,” kata Kamarul Ariffin Osman, 45.

Kamarul adalah bapa kepada Muhammad Aiman, 12, seorang daripada kanak-kanak yang ditemui lemas di Sungai SKC, berhampiran Kampung Timah, petang kelmarin.

Mayat Muhammad Aiman ditemui orang awam yang sedang memancing di berhampiran tebing Sungai Selangor 1 tengah hari tadi, iaitu kira-kira 13 Kilometer dari tempat dia bersama tujuh lagi rakannya dihanyutkan.

Menurut Kamarul, dia bersama isterinya Noraini Omar, 48, biarpun masih bersedih, mereka bersyukur apabila Allah SWT mempermudahkan misi mencari dan menyelamat anaknya yang sudah memasuki hari ketiga sejak Jumaat lalu.

“Pada hari pertama dimaklumkan mengenai kejadian malang ini saya tidak percaya anak saya lemas, malah hati ini kuat mengatakan dia masih selamat. Mungkin berpaut pada mana-mana batang pokok.

“Namun apabila pencarian sudah memasuki hari kedua, saya mula reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya berdoa sangat jasadnya dapat ditemui dalam keadaan yang baik dan alhamdulillah Allah kabulkan doa saya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Kamarul berkata, dia dan keluarganya agak terkilan kerana tidak dapat melangsungkan majlis berkhatan untuk anak keempat daripada tujuh adik beradik itu.

“Dia (arwah) ada mengadu pada saya yang dia masih belum berkhatan dan saya pula memberitahu dia yang majlis terbabit akan diadakan pada musim cuti sekolah yang bermula esok.

“Namun apakan daya, tak sempat,” katanya sebak.

Sementara itu, Mohd Ridhwan Abdullah, 38, bapa kepada seorang lagi mangsa lemas iaitu Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, turut melahirkan rasa syukurnya apabila mayat anaknya akhirnya dikebumikan dengan selamat.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang kehilangan anak saya. Saya redha dengan pemergiaan arwah dan menganggap ini satu ujian bagi kami sekeluarga,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua jenazah Ikhwan dan Muhammad Aiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung , di sini, 6 petang tadi.

Kedua-dua jenazah dikebumikan bersebelahan selepas Ikhwan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar Ali Bashah dan Muhammad Aiman di Surau Taman Cempaka.

Kira-kira 100 penduduk kampung termasuk ahli keluarga serta saudara mara menghadiri upacara pengebumian itu.

Semalam, jenazah dua beradik Shahrizwan Abdullah, 10, Shahrizat Abdullah, 12, serta rakan mereka, Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, turut dikebumikan di Tanah Perkuburan sama.

Dua lagi mangsa Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, dikebumikan di Kuala Krai Kelantan manakala Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 11, di kebumikan di Kuala Selangor.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, sekumpulan lapan kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 12 tahun sedang menangguk ikan di Sungai SKC dihanyutkan arus deras akibat hujan.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Muhammad Shahir Azman, 12, berjaya menyelamatkan diri, manakala tujuh rakannya ditemui lemas.

Image: 

Hulu Selangor: “Sebenarnya kami sekeluarga bercadang untuk mengadakan majlis berkhatan untuk arwah (anak) kerana dia sendiri memberitahu mahu berkhatan pada tahun ini.

Tidak sempat khatan anak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853