Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

[UPDATE] Mangsa terakhir sudah ditemui

$
0
0
Utama

Am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Mayat mangsa terakhir, Muhammad Aiman Kamarul Arifin, 12, ditemui orang awam yang sedang memancing di tebing Sungai Selangor pada 1 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, mayat mangsa ditemui lapan kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Kampung Timah, di sini.

Menurutnya, penemuan terbabit melebihi lingkungan jarak pencarian yang dilakukan pasukan SAR.

"Mangsa ditemui orang awam yang memancing di kawasan terbabit sebelum memaklumkan kepada polis.

"Difahamkan mayat tersangkut pada kayu di tebing sungai berdekatan pam air dan mangsa sudah dibuat pengecaman oleh keluarganya.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan dengan penemuan ini, operasi SAR akan ditamatkan pada jam 2.30 petang," katanya pada sidang media di Pusat Operasi SAR di sini, sebentar tadi.

Aiman dilaporkan hilang ketika menangguk ikan bersama lapan rakannya di Sungai SKC di sini, selepas dihanyutkan arus deras akibat hujan, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan enam rakannya turut lemas dan hanya seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Image: 

Hulu Selangor: Mayat mangsa terakhir, Muhammad Aiman Kamarul Arifin, 12, ditemui orang awam yang sedang memancing di tebing Sungai Selangor pada 1 petang hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853