Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

2 budak lemas, 5 hilang, 1 selamat

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Bukit Beruntung: Dua kanak-kanak lemas manakala lima yang lain masih hilang selepas mereka dibawa arus deras ketika memancing di Sungai SKC Bukit Beruntung petang tadi.

Kejadian berlaku pada 5.45 petang apabila lapan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 13 tahun memancing di sungai berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan 5.44 petang tadi dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, seorang daripada kanak-kanak itu menyelamatkan diri manakala mayat dua kanak-kanak lagi ditemui 6.44 petang tadi.

"Mayat dua kanak-kanak itu ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

"Usaha mencari lima lagi kanak-kanak lain giat dijalankan," katanya.

Image: 

Bukit Beruntung: Dua kanak-kanak lemas manakala lima yang lain masih hilang selepas mereka dibawa arus deras ketika memancing di Sungai SKC Bukit Beruntung petang tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853