Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Prasarana Sukan SEA hampir siap

$
0
0
Mutakhir

sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Persiapan prasarana yang akan digunakan bagi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada Ogos dan September ini berjalan mengikut jadual seperti dirancang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, malah, Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan antara prasarana yang hampir siap pembinaannya dijangka pada bulan depan.

"Untuk prasarana lain yang akan digunakan bagi penganjuran sukan ini, ia juga berjalan mengikut landasan seperti dirancang.

"Justeru, tiada pembinaan prasarana ini yang tidak mengikut jadual," katanya ketika menghadiri Program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini hari ini.

Berhubung Program KL2017@Sekolah, beliau berkata, ia bertujuan mempromosi temasya sukan dwi-tahunan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos bagi Sukan SEA ke-29 manakala, 17 hingga 23 September bagi Sukan Para ASEAN ke-9.

"Ia peluang untuk membawa kemeriahan temasya berkenaan terus kepada ibu bapa, pelajar serta guru di seluruh negara.

"Selain itu, program ini membawa mesej khas kepada pelajar supaya penjagaan alam sekitar diambil kira semasa perancangan dan pelaksanaan acara sukan tahunan sekolah," katanya.

Image: 

Putrajaya: Persiapan prasarana yang akan digunakan bagi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada Ogos dan September ini berjalan mengikut jadual seperti dirancang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853