Kuala Lumpur: “Lelaki itu mengaku utusan Tuhan dan meminta kakitangan serta pelanggan mengikut ajarannya," kata Mohamed Mokhtar Mohd Ghani, 50, pemilik restoran Little Ipoh di Melbourne, Australia.
Menurutnya, dia yang berada di dapur restoran itu terdengar orang menjerit sebelum melihat seorang lelaki yang dikenalinya memegang garpu dan pisau.
"Lelaki yang dikenali sebagai Panjang, memarahi pelanggan dalam restoran sebelum mencederakan dirinya sendiri.
" Dia yang mengalami kecederaan di tangan tiba-tiba meluahkan masalah peribadinya mengenai teman wanita termasuk menghadapi masalah berkaitan dengan visa," katanya dari Melbourne ketika dihubungi dari sini, malam ini.
Dalam kejadian di Melbourne petang tadi, lelaki berusia 20-an dari Malaysia itu mengurung dirinya dalam restoran milik Mohamed Mokhtar dan isterinya, Raja Yasmin Raja Abdul di sini, selama kira-kira dua jam selepas mengancam pekerja restoran berkenaan dengan pisau dan garpu.
Menurut Starits Times yang memetik laporan Daily Mail, polis dikejarkan ke Little Ipoh Restaurant kira-kira jam 1 petang waktu tempatan selepas menerima laporan seorang lelaki bersenjatakan pisau dan garpu bertengkar dengan pekerja restoran itu.
Menurut Daily Mail, lelaki itu kemudian menerpa ke arah polis sambil memegang senjata berkenaan dan dia disembur dengan lada sebelum masuk kembali ke dalam restoran berkenaan dan naik ke tingkat atas.
Polis daripada pasukan khas Australia kemudian berunding dengannya melalui tingkap dipecahkan lelaki itu tetapi dia melemparkan barangan ke arah polis, termasuk epal, limau dan telefon bimbit sambil menjerit menggelar dirinya mahu bercakap dengan ibunya.
Dia kemudian memegang telefon bimbitnya dan merakam selfie sebelum keluar dari bangunan itu selepas jam 3 petang dengan tangan ke atas, menyerah diri kepada polis.
Raja Yasmin berkata, lelaki berkenaan pernah datang ke restorannya beberapa kali.
“Saya tahu dia rakyat Malaysia tetapi tidak tahu namanya. Hanya tahu nama gelarannya Panjang kerana dia tinggi,” katanya.
Raja Yasmin, 44, dari Ipoh, berkata dalam perbualan mereka sebelum ini, Panjang pernah bekerja di Queensland tetapi kini menganggur dan ketiadaan wang.
“Dia kelihatan tertekan dan saya menggalakkan dia mencari kerja,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu menjadi agresif ketika datang ke restorannya hari ini.
“Dia beritahu pengurus dia lapar dan mahu makan tetapi tiada wang. Pengurus saya berasakan ada yang tidak kena, berkata akan membawa makanan kepadanya secara percuma,” katanya.
Menurutnya, pengurus itu memberitahunya lelaki berkenaan bercakap seorang diri dan mundar-mandir dalam restoran.
“Dia bertanya perkara pelik kepada pengurus itu sambil menjerit-jerit sebelum mengugutnya dengan garpu untuk membunuhnya jika pengurus itu menghubungi polis.
“Syukur dia sempat melepaskan diri dan menghubungi polis. Suami saya serta pekerja lain segera keluar dari restoran,” kata Raja Yasmin.
Menurutnya, kerosakan dalam restorannya akan teruk kerana lelaki itu merentap kamera CCTV, memecahkan komputer, gelas dan jar. Dia juga mengambil wang dari kaunter dan mencampaknya keluar melalu tingkap.
“Telefon yang digunakannya itu milik kami sebelum dicampaknya keluar. Saya kasihan dan bersimpati dengannya,” katanya. - StraitsTimes
Police block off La Trobe street after a man smashed windows of a restaurant. Photo: Joe Armao
Kuala Lumpur: “Lelaki itu mengaku utusan Tuhan dan meminta kakitangan serta pelanggan mengikut ajarannya," kata Mohamed Mokhtar Mohd Ghani, 50, pemilik restoran Little Ipoh di Melbourne, Australia.