Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tak mahu heboh, hormat ibu mentua

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Mat Dan mengakui tidak mahu menghebahkan pernikahannya dengan seorang gadis hari ini kerana menghormati ibu mentuanya yang masih dalam iddah.

Selebriti 'Mat Salih' yang terkenal kerana petah bertutur dalam loghat Terengganu itu atau nama sebenarnya, Kareef Daniel Abdullah, 28, juga tidak sangka pernikahannya dengan gadis yang tidak mahu didedahkan identiti terbabit mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, dia hanya dapat mengesahkan sudah bernikah dengan gadis berkenaan pada petang tadi dan kendurinya pula dijangkakan akan diadakan pada penghujung tahun ini.

Mat Dan yang ditemui di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Permint Permai, Bukit Chendering, di sini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan berharap semua pihak dapat menghormatinya.

Pagi tadi, Mat Dan dan wanita pilihannya itu melangsungkan pertunangan dan ia mula tular selepas tersebarnya gambar ibunya, Nicol Tyler menyarungkan cincin ke jari seorang gadis bertudung merah jambu dan berbaju kurung warna biru.

Image: 

Kuala Terengganu: Mat Dan mengakui tidak mahu menghebahkan pernikahannya dengan seorang gadis hari ini kerana menghormati ibu mentuanya yang masih dalam iddah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853