Kuala Terengganu: Selebriti 'Mat Saleh' fasih bercakap loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan, 28, selamat bertunang dengan gadis Melayu dalam majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis pertungangan itu hanya diketahui selepas tersebarnya gambar ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis bertudung dan berbaju kurung warna biru.
Difahamkan, majlis pertunangan itu dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Menurut kenalan Mat Dan yang enggan dikenali, majlis itu dibuat secara sederhana saja tanpa sebarang liputan media demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak.
"Identiti gadis pilihan hati Mat Dan juga tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarganya," katanya.
Januari lalu, sebuah protal online melaporkan Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di sini.