Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Syukur dapat rumah baru

$
0
0
Utama

sitinor@hmetro.com.my

Bachok: Tiga penduduk masing-masing di Kampung Melawi dan Cabang Tiga Bator, Jelawat, di sini, terharu selepas rumah mereka dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri mulanya menziarahi pesakit angin ahmar, Mek Nab Awang, 72, pada 9.35 pagi.

Beliau kemudian melawat rumah kedua, Rohana Che Ali, 52, dan sebelum ke rumah Mat Hassan Mohamad, 69.

Beliau meluangkan lebih setengah jam bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Mat Hassan ketika ditemui berkata, dia gembira kerana Perdana Menteri sudi mengunjungi kediamannya di Kampung Cabang Tiga Bator.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri nak bagi rumah kepada saya memandangkan kediaman ini sudah uzur. Dah 35 tahun.

“Saya hanya bekerja sebagai pemandu kereta sewa dan tidak mampu untuk membina rumah baru sendiri,” katanya.

Menurutnya, rumah itu turut didiami dua anaknya, Anida Mat Hassan, 40, dan Aliza Mat Hassan, 36, bersama suami serta empat anak.

“Kami terpaksa berhimpit di rumah yang sempit ini memandangkan kami tiada tanah lain.

“Bagi memudahkan pembinaan rumah, saya akan membina pondok di tepi kediaman ini sehingga ia selesai,” katanya.

Image: 

Bachok: Tiga penduduk masing-masing di Kampung Melawi dan Cabang Tiga Bator, Jelawat, di sini, terharu selepas rumah mereka dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853