Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Iran juara Bola Sepak Pantai Asia

$
0
0
Utama

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Iran mengesahkan statusnya sebagai pasukan terbaik Asia apabila muncul juara menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 7-2 dalam aksi final Kejohanan Bola Sepak Pantai Asia 2017 yang berlangsung di Pantai Batu Buruk petang tadi.

Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pula pasukan Jepun berjaya mengiringi skuad Iran dan UAE ke saingan Piala Dunia bola sepak pantai yang akan berlangsung di Bahamas bulan depan selepas berjaya mengetepikan skuad Lubnan 6-3.

Dalam aksi petang tadi, pemain lincah Iran, Mohammad Ali Mokhtari meledak dua jaringan sekali gus diumumkan penjaring terbanyak kejohanan selepas mengumpul 12 jaringan peribadi.

Mohammad Ali yang memakai jersi nombor 9 juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Lima lagi jaringan skuad Iran masing-masing dihasilkan oleh Moslem Mesigar (dua gol), Seyed Peyman Hosseini, Amir Hosein Akhbari dan Sayed Ali Nazem.

Manakala jaringan UAE diperolehi melalui jaringan Humaid Jamal dan Haitham Mohamed.

Tiga pasukan terbaik dalam kejohanan ini akan layak secara automatik ke saingan Piala Dunia.

Pasukan negara yang juga menyertai kejohanan ini tersingkir lebih awal selepas hanya mencatat satu kemenangan ke atas China 2-1 dan tewas tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat.

Image: 

Kuala Terengganu: Iran mengesahkan statusnya sebagai pasukan terbaik Asia apabila muncul juara menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 7-2 dalam aksi final Kejohanan Bola Sepak Pantai Asia 2017 yang berlangsung di Pantai Batu Buruk petang tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853