Kuala Lumpur : “Saya sudah mengarahkan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan larangan keluar rakyat Malaysia dari Korea Utara,” tegas Datuk Seri Najib Run Razak.
Perdana Menteri turut mengecam tindakan republik itu yang melarang keluar rakyat Malaysia yang berada di negara itu sehingga isu pembunuhan rakyatnya di negara ini selesai.
Menurutnya, semua rakyat Malaysia di negara itu perlu dibebaskan dengan segera kerana bertentangan dengan undang - undang antarabangsa dan norma diplomatik .
“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara melarang semua rakyat Korea Utara di negara ini dari meninggalkan Malaysia sehingga dapat memastikan keselamatan rakyat kita di sana.
“Sebagai negara yang cintakan keamanan, Kuala Lumpur komited meneruskan hubungan baik dengan semua negara namun menjaga keselamatan rakyat kita sentiasa menjadi keutamaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua langkah pencegahan jika rakyat terancam, " katanya.
Sebelum ini Pyongyang cuba masuk campur siasatan pembunuhan Kim Jong-nam selain mengganggu kelancaran pihak berkuasa menyelesaikan kes itu.
Sementara itu, sumber memaklumkan pegawai yang masih berada di Kedutaan Malaysia di Korea Utara ialah Kaunselor Mohd Nor Azrin Md. Zain, Setiausaha Kedua Mohamad Razak Sabtu dan Pembantu Peribadi Duta Noor Saaidah Jamaludin.
AFP pagi tadi melaporkan, Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara komunis berkenaan.

Kuala Lumpur : “Saya sudah mengarahkan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan larangan keluar rakyat Malaysia dari Korea Utara,” tegas Datuk Seri Najib Run Razak.



