Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Suspek tetak pembeli kamera ditahan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Lelaki disyaki terbabit dalam kes tetak di kedai makan, semalam ditahan di rumah di Kampung Atas Paloh di sini, 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

"Kita juga sedang mengesan empat suspek termasuk dua yang sudah dikenal pasti untuk membantu siasatan kes berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang peniaga cedera di badan, paha, kepala, tangan dan kaki selepas ditetak dengan parang oleh empat lelaki di depan restoran di Jalan Wakaf Mek Zainab pada 2 pagi semalam.

Mangsa berusia 19 tahun diserang ketika mahu membeli kamera yang dijual dua daripada empat lelaki itu.

- Berita berkaitan:

Tragedi nak beli kamera

Image: 

Kota Bharu: Lelaki disyaki terbabit dalam kes tetak di kedai makan, semalam ditahan di rumah di Kampung Atas Paloh di sini, 1.30 pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853