Kota Bharu: Peniaga cedera di badan, paha, kepala, tangan dan kaki selepas ditetak dengan parang oleh empat lelaki di depan restoran di Jalan Wakaf Mek Zainab, di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 19 tahun diserang ketika mahu membeli kamera yang dijual dua daripada empat lelaki itu, pada kira-kira 2 pagi, Sabtu.
Mangsa berjumpa dengan dua rakannya untuk membeli kamera sebelum dipukul dan ditetak.
Dia kemudian cuba menyelamatkan diri dengan lari ke kedai kopi.
Bagaimanapun, mangsa sekali lagi ditetak di kedai kopi dengan parang.
Kejadian itu diketahui oleh ibu dan abangnya yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, mangsa menerima rawatan di HRPZ II sebelum abang mangsa membuat laporan polis.
"Hasil laporan awal, kita dapati mangsa cedera dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya, di sini.
Kota Bharu: Peniaga cedera di badan, paha, kepala, tangan dan kaki selepas ditetak dengan parang oleh empat lelaki di depan restoran di Jalan Wakaf Mek Zainab, di sini, hari ini.