Kota Kinabalu: Lelaki warga emas maut dalam kemalangan ngeri dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Tuaran dekat SM Shan Tao, Likas, di sini, hari ini.
Lee Thien Yu, 62, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Quee Elizabeth (HQE) dalam kemalangan pada 6.15 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama isterinya melintas jalan dari arah kanan ke seberang jalan untuk menunggu bas.
Ketika mereka tiba di pembahagi jalan, isteri mangsa terus melintas ke seberang jalan dan mangsa mengikutnya.
Bagaimanapun, mangsa tidak sempat sampai ke seberang dan dirempuh 4WD yang datang dari arah Inanam ke pusat bandar raya.
Berikutan rempuhan itu, warga emas berkenaan maut dengan kepalanya bercerai dari tubuh.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, berkata mayat mangsa sudah dibawa ke HQE untuk bedah siasat dan masih dalam siasatan polis.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kota Kinabalu: Lelaki warga emas maut dalam kemalangan ngeri dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Tuaran dekat SM Shan Tao, Likas, di sini, hari ini.