Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

KeyOne kekal 'keypad' ikonik

$
0
0
Utama

afiq_hanif@metro.com.my

BLACKBERRY yang diambil alih syarikat China, TCL Communications melancarkan telefon pintar KeyOne sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, awal pagi ini.

Blackberry mengekalkan papan kekunci QWERTY ikonik dan beroperasi Android 7.1 Nougat.

Ia mempunyai skrin 4.5 inci HD penuh bersama kamera Sony 12 megapiksel di belakang dan 8 megapiksel untuk kamera depan.

Telefon Android paling selamat di dunia itu dipasang sistem keselamatan DTEK dan lengkap sistem cas pantas iaitu 50 peratus dalam masa 36 minit.

Menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, RAN 3GB RAM dan storan 32GB, KeyOne mempunyai rekaan yang klasik meskipun tidak menyamai model terdahulu.

KeyOne akan dijual bermula April ini pada harga USD549 dan Malaysia antara negara pertama menerima produk ini.

Image: 