Alor Gajah: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka berusia 32 tahun cedera di kaki kiri selepas dilanggar motosikal yang ditunggang lelaki disyaki penagih dadah di Kampung Londang, Masjid Tanah, 2.30 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa dilanggar penagih dadah yang panik kerana menyangka penguat kuasa JIM itu adalah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedangkan operasi terbabit dilakukan untuk mengesan warga asing di kawasan berkenaan.
Juru video bebas rancangan 999, Razif Mat Arbak, 33, berkata, ketika kejadian dia baru saja selesai merakam visual perjalanan operasi.
"Tiba-tiba kami dengar bunyi deruan enjin dua motosikal dari arah ladang kelapa sawit berhampiran, saya bersama beberapa lagi anggota penguat kuasa sempat mengelak, namun mangsa dilanggar sebuah Honda EX5.
"Sejurus melanggar mangsa, Honda EX5 itu terbalik, penunggangnya meloloskan diri tetapi pembonceng berusia 35 tahun ditahan. Sementara itu, penunggang sebuah lagi motosikal dapat meloloskan diri," katanya.
Difahamkan, lelaki itu bersama tiga rakan datang dari ‘port’ dadah di ladang kelapa sawit berkenaan.