Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lelaki bertudung 'Pucci' kena 8 bulan

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Lelaki yang menyamar wanita bertudung untuk melakukan jenayah curi dompet di dalam surau di kompleks beli-belah dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Atiqah Abd Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang memakai tudung ‘Pucci’dan menyolek wajahnya menyerupai wanita sebelum melakukan jenayah itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita tingkat 1, pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini, pada 9.40 malam, 18 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh denda serta bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya dihukum penjara dan denda atau sebat, jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu memohon hukuman ringan dengan alasan dia adalah anak yatim piatu dan tiada keluarga lain.

"Saya memohon hukuman ringan kerana saya adalah anak yatim piatu dan tiada keluarga lain," katanya.

Berita mengenai kejadian itu disiatkan oleh portal Harian Metro, pada 20 Februari lalu.

Berita berkaitan:

Sekali lelaki daaa...[METROTV]

Image: 

Petaling Jaya: Lelaki yang menyamar wanita bertudung untuk melakukan jenayah curi dompet di dalam surau di kompleks beli-belah dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853