Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiada kesan suntikan, kecederaan [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasil bedah siasat terhadap mayat Kin Jong-nam mendapati tiada bukti menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan juga mendapati tiada kesan suntikan atau kecederaan ketara yang ditemui pada tubuh mangsa

Menurutnya, mayat Jong-nam sudah melalui pemeriksaan bedah siasat lengkap termasuk ujian Tomografi Komputer, bedah siasat luaran dan dalaman serta pemeriksaan forensik pergigian.

“Punca kematian masih belum dipastikan. Keadaan fizikal mangsa juga masih dalam pemerhatian kerana pihak hospital tiada rekod kesihatan mangsa," katanya.

Noor Hisham berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal sebelum membuat keputusan menyerahkan mayat mangsa.

“Selain itu, ia juga bergantung kepada siasatan polis," katanya.

Menurut Noor Hisham, semua spesimen medikolegal yang diperoleh dikendalikan mengikut peruntukkan undang-undang untuk menjaga rantaian bukti.

Katanya, spesimen itu sudah diberikan kepada pegawai penyiasat polis untuk dihantar ke makmal yang diiktiraf untuk dianalisa.

Image: 

Kuala Lumpur: Hasil bedah siasat terhadap mayat Kin Jong-nam mendapati tiada bukti menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853