Melbourne: Lima orang maut apabila pesawat ringan terhempas di bumbung pusat beli belah selepas berlepas di sini, hari ini.
Jurucakap polis Victoria, Asisten Komisioner Stephen Leane berkata, pesawat Beechcraft King Air itu mengalami kegagalan enjin dan terhempas di pusat beli belah DFO (Direct Factory Outlet) yang terletak berhampiran hujung landasan Lapangan Terbang Essendon.
“Terdapat lima orang di dalam pesawat terbabit dan nampaknya tiada mangsa terselamat kemalangan ini,” katanya.
Namun, polis tidak memberi maklumat identiti mangsa terkorban.
Sementara itu, Superintendan Mick Frewen berkata, siasatan akan tertumpu kepada kegagalan enjin bencana.
Ketua Jabatan Bomba Melbourne, Paul Stacchino berkata di Twitter, lebih 60 anggotanya berusaha mengawal kebakaran dan masih berada di lokasi kejadian.
Katanya, pesawat itu membuat panggilan kecemasan (May-Day) sebelum terhempas.
Saksi memberitahu Associated Press Australia, pesawat itu meletup ketika terhempas.
Eyewitness account c/o @abcmelbourne on #Essendon crash "There was a massive fireball, I could feel the heat through the window of the car."pic.twitter.com/WuatknIXk7
— ABC News 24 (@ABCNews24) February 20, 2017
Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan (6 pagi Malaysia) iaitu sejam sebelum pusat beli belah itu dibuka.
Pesawat carter itu terhempas berhampiran lebuh raya utama yang sesak dengan kenderaan awal pagi.
Menteri Polis Victoria, Lisa Neville berkata terdapat serpihan di lebuh raya itu.
Pesawat itu dalam penerbangan ke Pulau King di Selat Bass antara tanah besar Australia dan pulau Tasmania sebelum terhempas.
Menurut Airservices Australia, penerbangi dari lapangan terbang utama Melbourne tidak terjejas.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) turut menghantar kakitangannya untuk menyiasat kejadian ini.
.@DanielAndrewsMP: Today's a desperately sad day. People have died as a result of the worst civil aviation accident... in 30 years #essendonpic.twitter.com/GsW8UCZ47O
— ABC News 24 (@ABCNews24) February 21, 2017
Melbourne: Lima orang maut apabila pesawat ringan terhempas di bumbung pusat beli belah selepas berlepas di sini, hari ini.