Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga kali ditahan belum serik lagi

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan reman bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menyamar sebagai penguat kuasa jabatan itu selama enam hari sehingga 25 Februari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 52 tahun itu yang pernah disiasat dan dituduh oleh SPRM atas kesalahan sama direman bermula hari ini.

"Ini bukan kali pertama dia ditahan SPRM, malah ia kali keempat dia ditahan kerana menyamar sebagai pegawai penguat kuasa kastam," katanya.

Pada 2014, suspek pernah didakwa terhadap lima pertuduhan termasuk satu mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM dan selebihnya mengikut Seksyen 213 Kanun Keseksaan.

Suspek mengaku salah atas semua kesalahan itu dan didenda sebanyak RM30,000.

Pada tahun sama, suspek dipecat sebelum ditahan sekali lagi SPRM kerana bersubahat dengan dua lagi pegawai kastam untuk meminta rasuah daripada orang awam.

Menurut sumber, kali terakhir suspek ditahan SPRM pada Mac tahun lalu atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, dia dibebaskan selepas SPRM mengeluarkan surat teguran terhadap atasnya.

"Bagi tangkapan kali ini, suspek dipercayai memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam dan meminta suapan daripada seorang peniaga supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedainya di Paloh kerana menjual rokok dan arak seludup, " katanya.

Suspek ditangkap jam 2.30 petang semalam selepas menerima wang suapan daripada peniaga itu di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi jika disabit kesalahan.

Image: 

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan reman bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menyamar sebagai penguat kuasa jabatan itu selama enam hari sehingga 25 Februari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853