Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dipaksa telan peluru kapur

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kluang: Tujuh lelaki ditahan semalam dan hari ini, bagi membantu siasatan kes pemandu lori dipaksa menelan enam butir peluru kapur kerana dituduh mencuri di Taman Lian Seng, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, suspek berusia 23 hingga 43 tahun ditahan di Taman Pelangi, Taman Sri Tengah, Rumah Singgah di Jalan Bulan dan di sebuah restoran di Jalan Sekolah, di sini.

Katanya, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 22 tahun dipukul, diikat dengan tali dan didera dengan senjata pegun (Taser) di badan, kaki serta kepala.

"Mangsa dituduh mencuri barangan yang dibawanya menyebabkan dia dipukul dan dipaksa menelan peluru oleh suspek.

"Polis mendapat maklumat mengenai kejadian selepas dimaklumkan pegawai perubatan sebuah hospital yang merawat mangsa dan mengeluarkan peluru itu pada pagi semalam," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh tiga tahun dan denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda, empat telefon bimbit, satu paket plastik mengandungi ecstasy, peluru tiruan serta satu pemetik api yang menyerupai pistol.

“Semua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 22 Februari untuk siasatan lanjut berkaitan kes lain di daerah lain," katanya.

Image: 

Kluang: Tujuh lelaki ditahan semalam dan hari ini, bagi membantu siasatan kes pemandu lori dipaksa menelan enam butir peluru kapur kerana dituduh mencuri di Taman Lian Seng, di sini, Khamis lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853