Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

7 lagi rakyat Korea Utara diburu [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan tujuh lagi individu rakyat Korea Utara bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam, abang Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, tujuh individu berkenaan adalah Ri Ji Hyon,33; Hong Song Hac, 34; O Jong Gil, 55; Ri Jae Nam, 57; dan Ri Ji U, 30 atau dikenali sebagai James.

Menurutnya, dua lagi suspek belum dikenal pasti identiti namun pihaknya sudah memperoleh rakaman wajah mereka.

"Setakat ini, kami hanya boleh mengesahkan semua lelaki ini adalah dari Korea Utara.

"Sama ada mereka bekerja dengan kerajaan Korea Utara atau tidak itu masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Ri Ji Hyon, Hong Song Hac, O Jong Gil dan Ri Jae Nam didapati sudah keluar dari negara ini pada hari kejadian pembunuhan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi dan negara di mana keempat-empat suspek berada ketika ini.

Katanya, pihak polis akan dapatkan kerjasama pihak Interpol untuk siasatan kes ni termasuk menjejaki suspek.

Sementara itu, punca kematian belum disahkan dan pihaknya masih menunggu keputusan ujian patologi dan toksikologi, katanya.


Jong-nam dibunuh ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Sehingga ini, empat suspek sudah ditahan polis bagi membantu siasatan termasuk dua wanita pemegang pasport Vietnam dan Indonesia, seorang lelaki tempatan dan seorang lagi lelaki warga Korea Utara.

Berita berkaitan:

Pembunuhan Jong-Nam

Image: 

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan tujuh lagi individu rakyat Korea Utara bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam, abang Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Plot pembunuhan Kim Jong-Nam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853