Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Reman seminggu suspek kelima

$
0
0
Utama

sitiaisyah@hmetro.com.my

Sepang: Seorang suspek lelaki Korea Utara ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-Nam.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi hari ini.

"Suspek terbabit direman tujuh hari dan perintah tahanan itu diperolehi daripada Majistret Sepang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, suspek terbaru lelaki Korea Utara ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur jam 9.50 malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, suspek lelaki yang ditahan itu dikenali sebagai Ri Jong Chol, 47.

Penahanan suspek adalah yang keempat dilakukan polis selepas dua wanita masing-masing warga Indonesia dan Vietnam dan seorang lelaki tempatan ditahan sebelum ini.

Terdahulu, pihak media tempatan dan antarabangsa menunggu sejak jam 8 pagi di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi mendapatkan maklumat berhubung penahanan reman suspek terbabit.

Sekitar jam 11.15 pagi, kelihatan kereta pihak Kedutaan Vietnam memasuki perkarangan IPD berkenaan sebelum keluar meninggalkan lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Seterusnya, kelihatan tiga kereta konvoi polis dipercayai membawa suspek lelaki Korea Utara itu meninggalkan perkarangan IPD Sepang sekitar jam 4 petang.

Kira-kira 10 minit kemudian, kereta pihak Kedutaan Korea Utara memasuki perkarangan IPD Sepang dan keluar dari lokasi di sini sekitar jam 5.10 petang.

Tiga kereta konvoi polis dipercayai membawa suspek lelaki Korea Utara dilihat masuk semula ke IPD Sepang jam 6.15 petang.

Image: 

Sepang: Seorang suspek lelaki Korea Utara ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-Nam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853