Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ahmad Razif tolak pencalonan

$
0
0
Mutakhir

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ahmad Razif yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu memberi tumpuan penuh kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"Selepas melihat keperluan serta tumpuan kepimpinan terhadap kerajaan negeri dan PBSNT, saya mengambil keputusan untuk menolak pencalonan bertanding kerusi Timbalan Presiden pada kali ini.

"Bagaimanapun, saya tidak menolak akan bertanding pada masa akan datang," katanya ketika ditemui selepas meninjau hakisanpantai di Kampung Kolam, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berharap calon yang dipilih pada Kongres FAM nanti dapat menjalankan kerja dengan sebaiknya kerana harapan rakyat negara ini terhadap sukan bola sepak cukup tinggi.

Image: 

Kuala Nerus: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853