Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jerebu lebih buruk pagi ini

$
0
0
Utama

imas@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Situasi jerebu di Semenanjung kian memburuk pagi ini dengan enam lokasi di tiga negeri di utara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar pada 8 pagi tadi, Seberang Jaya 2, Perai mencatat bacaan IPU paling tinggi mencecah 262, diikuti Bakar Arang Sungai Petani (237), Kangar (235), Langkawi (230), USM (228) dan Alor Setar (218).

Ketika ini, bacaan IPU di beberapa lokasi di utara Semenanjung terus meningkat ke paras tidak sihat.

Dalam masa sama, 28 lokasi lain di seluruh negara berada pada skala IPU tidak sihat, 16 di tahap sederhana dan hanya satu dalam keadaan baik.

Kualiti udara tidak sihat direkodkan di SMK Tanjung Chat Kota Bharu (112), Tanah Merah (119), Bandaraya Melaka (102), Bukit Rambai (105), Nilai (102), Seremban (106), Balok Baru Kuantan (109), Jalan Tasek Ipoh (157), Kg Air Putih Taiping (161), SK Jalan Pegoh (173), Seri Manjung (183), Tanjung Malim (135) dan Perai (187).

Turut mencatat IPU tidak sihat adalah Tawau (117), Kuching (125), Samarahan (131), Sarikei (108), Sibu (109),Sri Aman (162), Banting (122), Kuala Selangor (149), Pelabuhan Kelang (161), Petaling Jaya (116), Shah Alam (139), Kemaman (106), Kuala Terengganu (108), Batu Muda Kuala Lumpur (122) dan Putrajaya (118).

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Images: 

221015ds1

Image: 
GN4id: 
11130035
Lead: 

Kuala Lumpur: Situasi jerebu di Semenanjung kian memburuk pagi ini dengan enam lokasi di tiga negeri di utara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853