Ampang Jaya: Tiga sekeluarga warga Myanmar ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah di Jalan Lembah Maju, Pandan Indah, 11.50 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan melihat darah keluar dari kediaman terbabit.
Katanya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan di dalam kediaman terbabit mendapati terdapat empat individu di dalam bilik utama.
Pemeriksaan mendapati lelaki warga Myanmar yang tidak sedarkan diri terbaring bersama isterinya, 47, dan anak perempuan, 10, serta cucu lelaki, 2.
"Pemeriksaan lanjut mendapati wanita dan dua kanak-kanak itu sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan serius pada ketiga-tiga mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
"Tangkapan terhadap lelaki berusia 47 tahun terbabit dilakukan bagi membantu siasatan dan suspek dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan kerana berada dalam keadaan tidak stabil serta tidak sedarkan diri," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan terbabit sedang disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ampang Jaya: Tiga sekeluarga warga Myanmar ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah di Jalan Lembah Maju, Pandan Indah, 11.50 malam tadi.



