Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Nyaris bertembung bot nelayan

$
0
0
Mutakhir

yusmizal@hmetro.com.my

 

Teluk Benggala: Kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 184 sukarelawan Misi Food Flotilla For Myanmar nyaris bertembung dengan dua  bot nelayan di Perairan Myanmar, 17 batu nautika di barat Sittwe.

Kejadian pada 1:30 pagi waktu Malaysia itu disedari Pegawai Kedua, Justin Savari Nathan yang bertugas sekali gus menyebabkan situasi berjaga-jaga ditingkatkan.

Katanya, ketika kejadian, kapal bergerak pada kelajuan 7.7 batu nautika dan dua  bot dilihat cuba mendekati kapal dari arah depan.

"Saya terpaksa membuat belokan mengejut ke kanan sebanyak 120 darjah, bagi mengelak daripada berlanggar dengan bot berkenaan.

"Selain itu di kawasan itu ada pukat hanyut di kawasan kejadian yang perlu dielak bagi mengelak kerosakan kepada kipas kapal.

"Tentera Laut Myanmar menghubungi kapal Nautical Aliya kerana mendapati berlaku pergerakan pelik kepada kapal ini.

Sementara itu, Kapten Firdaus Faisal Mohamed, berkata,keadaan kembali tenang selepas beliau memaklumkan situasi dilalui Nautical Aliya kepada pihak Tentera Laut Myanmar.

Misi kemanusiaan ini dijangka tiba di Chittagong petang ini untuk memberi bantuan kepada merela yang memerlukan akibat konflik, 9 Oktober tahun lalu.

Image: 

Teluk Benggala: Kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 184 sukarelawan Misi Food Flotilla For Myanmar nyaris bertembung dengan dua  bot nelayan di Perairan Myanmar, 17 batu nautika di barat Sittwe.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853