Utama
Balik Pulau: Mayat bayi lelaki ditemui di dalam tandas sebuah kedai makan di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat berkenaan ditemui seorang lelaki.
Mayat itu dipercayai ditinggalkan di dalam tandas beberapa jam sebelum ditemui.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tindakan seterusnya.
Image:
Balik Pulau: Mayat bayi lelaki ditemui di dalam tandas sebuah kedai makan di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.